Powered By Blogger

Thursday 26 September 2013

Urusniaga Anwar-Karpal RM16.8 juta ?


Pemimpin Pakatan baru-baru ini sibuk mempersoalkan kos sambutan raya rumah PM, kononnya atas dasar ketelusan. Soalan itu walau bagaimanapun dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Apa nak hairan dengan kes sambutan raya untuk 80,000 tetamu tu berbanding kos yang digunakan oleh Anwar untuk 'berurusan' dengan Karpal Singh seperti yang dinyatakan.

Sebelum ini bekas calon BN di Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ibrahim pernah mendedahkan bahawa terdapat 6,000 surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang menceritakan ‘urus niaga’ bernilai puluhan juta antara Anwar dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh. (sumber : http://www.anwaraidc.com/?p=38799).

Baru-baru ini pula Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim bersifat telus dengan menandatangani surat kebenaran bagi membolehkan Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan maklumat akaun-akaun bank seperti terkandung dalam surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal.

AIDC dalam laman web mereka telah mendedahkan beberapa dokumen berkenaan 'urus niaga' Anwar - Karpal Singh. Di dalam dokumen itu disebut nama penama penting – C.K.Yuen dan Idris – dua individu yang didakwa berurusan dengan Karpal Singh.

Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa dalam dokumen itu membuat pembayaran kepada Karpal Singh melalui 6 bank iaitu United Overseas Bank (KL), Bank of China (KL), Development Bank of Singapore, Standard Chartered (KL), Citibank (KL) dan HSBC (KL). Berikut adalah kandungan dokumen seperti yang terpapar dalam artikel AIDC.


 (sumber : http://www.anwaraidc.com/?p=37850 )

Adakah maklumat yang diberikan itu benar?? Dari mana Anwar memperoleh wang sebanyak itu? Kalau dijumlahkan semua ia mencecah kepada lebih RM16.8 juta! Di harap Anwar respond kepada permintaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) untuk 'membersihkan' nama beliau dengan membenarkan Bank Negara mendedahkan & menyatakan maklumat akaun seperti yang didakwa




No comments:

Post a Comment