Powered By Blogger

Monday 9 September 2013

Pengangkutan Awam DILARANG Naik Harga

alt

KUALA LUMPUR 9 Sept - Pengusaha pengangkutan awam dilarang sama sekali mengambil kesempatan terhadap para pengguna berhubung kenaikan harga petrol dan diesel baru-baru ini.


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, satu perjumpaan akan diadakan bersama pengusaha sektor awam darat bagi membincangkan impak pengurangan subsidi terhadap kos perjalanan harian mereka.



"Tindakan melulu ini dikhuatiri akan menjejaskan harga perkhidmatan serta  barangan lain memandangkan kenaikan harga ini boleh mempengaruhi kos pada sektor lain," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran model terbaru Yamaha 115Z di Sunway Resort City Hotel, di sini hari ini.



Jelas Hishammuddin, satu mesyuarat telah diadakan antara melalui Kementerian Pengankutan Malaysia (MOT)  bersama agensi-agensi bagi memantau dan menguatkuasakan sistem pengankutan awan di Malaysia.



Katanya, pihak turut akan mendapatkan maklum balas berhubung impak pengurangan subsidi diesel dan petrol RON95 pada kadar 20 sen seliter baru-baru ini.



"Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Jabatan Laut Malaysia , Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) , Prasarana Sdn Bhd dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad.



"MOT akan sedaya upaya membantu pihak pengusaha untuk mencari kaedah terbaik bagi mengatasi sebarang kerugian ekoran kenaikan petrol," katanya.



Pada 2 September yang lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen seliter bagi minyak petrol RON95 dan diesel.

No comments:

Post a Comment