Powered By Blogger

Wednesday 26 March 2014

MH370 DIRAMPAS US NAVY KATA RUSSIA

MH370 Dirampas Tetapi Bagaimana ?!


Satu laporan diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa ibu pejabat Aerospace Defence Forces (VKO) "hairan" tentang situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) "menangkap dan mengalihkan" sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Atol Diego Garcia di Lautan Hindi.

Menurut laporan itu, pesawat MH370 (dikenali dengan 748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan penerbangan komersial dari Kuala Lumpur ke Beijing, apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba "ghaib" dalam penerbangan berserta 227 penumpang dari 15 buah negara yang kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal.

Sesuatu yang menarik utk diberi perhatian, laporan itu menyebut sebenarnya Penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik sahaja ia menerima maklumat terdapat kargo “sangat mencurigakan” yang dikesan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles yang sebelum itu kargo berkenaan berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.

Antara perkara pertama yang membangkitkan wasangka GRU ialah apabila dalam tempoh 24 jam kerja-kerja pemunggahan kargo “sangat mencurigakan” itu dilakukan dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, 2 orang Tentera Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43, dan Jeffrey Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam "keadaan yang mencurigakan".

Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) dan Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.

Setelah GRU mengesahkan bahawa kargo "sangat mencurigakan" berada di atas kapal Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac, Moscow segera memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan mereka dan segera menerima "jaminan” bahawa "semua langkah" akan diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka.

Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370 dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau Hainan).

Sebelum memasuki Zon The People Liberation Army (PLA) yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 "ketara menyimpang" dari laluan penerbangannya dan telah dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke rantau Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.

Adalah kritikal untuk diberi perhatian bahawa ketika penyimpangan penerbangan MH370 berlaku, pakar-pakar GRU menyebut, dalam masa sama semua akses komunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di keseluruhan Kepulauan Spratly.

Liputan telefon China Mobile dilanjutkan ke Kepulauan Spratly pada tahun 2011 supaya tentera PLA yang ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan dan kapal-kapal saudagar dalam kawasan itu boleh menggunakan perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga digunakan untuk memberi bantuan apabila berlaku kejadian ribut mahupun aktiviti menyelamat di lautan.

Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk mengalihkan Penerbangan MH370 ke pangkalan Diego Garcia, laporan ini berkata, ianya berjaya dilakukan dari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER ini dilengkapi dengan sistem terbang-dengan-wayar (fly-by-wire - FBW) yang berupaya menggantikan manual kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti kendalian mana-mana pesawat dron.

Walau bagaimanapun, meskipun pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh dinyah-aktif secara manual, dan dalam insiden Penerbangan MH370, sistem laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan transponder (alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah ditutup pada jam 01:21 pagi.

Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian ini, dari analisis GRU media arus perdana Amerika Syarikat dilihat masih belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China Selatan daripada rejim Obama. Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan perkapalan.

Adalah sangat menyedihkan dan laporan ini membuat suatu kesimpulan penting, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan fakta "kehilangan" Penerbangan MH370 kerana mereka juga sebenarnya telah berbuat demikian selepas peristiwa 11 September 2011 apabila rejim Bush "menghilangkan" penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa 64 penumpang dan anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentam Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN perkara berkenaan tidak berlaku.

Tuesday 25 March 2014

Agenda tersirat pesawat MAS Penerbangan MH370

Agenda tersirat disebalik rampasan pesawat MAS MH370



Kecoh seluruh dunia ,mengenai sebuah pesawat MAS yang dikesan telah hilang dari radar.

Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang pada pukul 2.40 pagi, Sabtu.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, Penerbangan MH370, pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi 8 Mac 2014.

Flightradar24 / AFP PHOTO HANDOUT

MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.


Majority  penumpang dalam pesawat berkenaan adalah terdiri dari warganegara China.


Peristiwa ini menjadi suatu perkara yang begitu pelik kerana MAS diantara pesawat terbaik didunia yang dilengkapi sistem alatan canggih. Mana mungkin pesawat yang canggih dan dipandu oleh juruterbang yang berpengalaman  boleh hilang begitu sahaja tanpa dikesan?


Bila melihat kepada situasi ini,inilah masa yg terbaik utk Amerika masuk melintasi sempadan Asia tenggara,, 
CIA bantu dlm kes ini... Jika dikaitkan dgn pengganas,, negara berdepan tekanan besar.


Namun diberita-berita pro barat, kehilangan ini dikaitkan dengan pengganas.



Dan kenapa laporan Interpol berubah setelah wajah suspek yang menggunakan  passport palsu berjaya dikesan??

Kerana suspek tersebut dilihat memakai rantai salib bukan?

 Mungkin jika suspek tersebut memakai serban, jubah, sudah tentunya Interpol akan mengaitkan dengan pengganas. tetapi kita perlu tahu, situasi dalam negara amat berbeza dengan ditanah besar Arab.

Selepas gambar cctv didedahkan kepada media, Interpol  membuat pengumuman suspek terbabit tiada kaitan dengan pengganas dan percaya mereka menjadi mengsa pemerdagangan orang...
Mungkin mereka juga secara kebetulan menaiki pesawat ini, dan rampasan pesawat melalui udara berlaku. Secara tak disengajakan, mereka menjadi mangsa keadaan..? wallaualam..


Lihat semula insiden WTC di Amerika.siapakah yang menjadi mangsanya? 



Jika WTC dijadikan sandaran dan bahan utk menyerang Iraq dgn dikaitkan pengganas, tak mustahil agenda yg sama digunakan ketika kehilangan MH370 ini..Pengganas Islam Iraq dikatakan bertanggungjawab diatas insiden serangan 11 September 2001. Insiden WTC ini berlaku di Amerika sendiri dimana situasinya jauh berbeza dengan situasi yang berlaku hari ini.. Dalam serangan WTC, suspek yang dikatakan terlibat adalah Al-Qaeda di Iraq, namun ianya kurang bukti untuk mengaitkan mereka dgn serangan pengganas. tetapi di Malaysia, kerana pendedahan 2 individu yang menggunakan passport palsu terbabit dimana salah seorangnya memakai rantai salib, tuduhan pengganas itu perlu digugurkan dari laporan Interpol sendiri.


Insiden WTC, yang menjadi mangsa adalah rakyat Islam Iraq.
Apakah situasi yg sama juga dilihat bakal berlaku dgn meletakkan China sebagai sasaran.. 

Soalnya kenapa China ?? 

Sejak dari awl tahun 2014 lagi, hubungan ketegangan diantara US dan China tidak begitu baik.. Laporan-laporan media barat juga banyak menyebut mengenai peperangan diantara US & China..


Salah satu news  ini datang daripada CNN 



Kenapa CIA begitu berkeras mahu membantu dalam misi mencari pesawat ini dan kenapa media barat terutamanya Amerika kerap kali menyelar China.


US cuba menimbulkan ketegangan dan mensabitkan China sebagai sasaran...
Jika  pesawat ni akhirnya diletup atau terhempas... China akan menuntut bela atas kematian rakyatnya.. Amerika juga akan menggunakan platform sebagai  FBI & CIA konononya utk menyekat serangan pengganas...

MAS Malaysia yang menjadi kambing hitam.
Dalam pada masa yang sama, media barat melaporkan militan dari pengganas China yang bertanggungjawab sama seperti halnya menggunakan nama Al-Qaeda di Iraq yg dijadikan sasaran.

Militan ini dikatakan bertanggungjawab diatas kehilangan pesawat MAS MH370 namun dinafikan China.



" Chinese Martyrs’ Brigade "


Dlm mana-mana tragedi peperangan sebelum ini... kambing hitam itu yg penting dlm misi  agenda peperangan. Lihat  serangan WTC, pekerja disitu yang menjadi mangsa......
baca sejarah... anda akan ketemui jawapannya.


 Lihat juga situasi ini.
Kerajaan Malaysia mengesan radar di Selat Melaka.. dlm masa yg sama, beberapa orang membuat laporan di kawasan pantai timur dr lokasi yg berbeza.., system pemantauan traffic seperti diceroboh.

Lihat video dibawah, laluan radar seperti di hack.


 Mungkin bila dibuat petunjuk flight disitu.. operasi bantuan akan dikerah kesitu.. makanya.. kuasa-kuasa besar seperti Amerika turut memasuki perairan Malaysia dan secara tak langsung perairan negara telah diceroboh dengan menggunakan alasan misi bantuan pencarian..


Apakah pesawat ini telah dirampas melalui ruang udara dengan memutuskan segala sistem talian komunikasi masuk dan keluar serta radar pengesan? Apakah pesawat telah disembunyikan dilokasi rahsia akibat rampasan yang berprofile tinggi ini? 


Satu hal lagi bila difikirkan mengenai pesawat yang dikatakan dikesan radar disekitar selat  Melaka dan dikatakan berpatah balik, Mungkin ada kemungkinan yang jarang difikrkan kita semua.

Semasa flight hilang dari radar pada jam 2.40 pagi, negara-negara seperti China & Japan juga mempunyai unit kawalan trafik dinegara mereka. Jadi untuk menghilangkan kesan pesawat ini menuju ke Timur adalah dengan berpatah balik kebarat, tapi tidak memasuki ruang udara Malaysia..
Mengapa??


 Jika hal ini disahkan oleh MAS & DCA sendiri dengan beberapa pengesanan radar seperti gambar dibawah.. apakah perlunya pesawat ini menuju kelokasi yang mempunyai radar pengesan bagi negara-negara yang berdekatan?




Jalan yang mudah adalah dengan memasuki kawasan yang tiada pengesanan radar.. dimanakah ia lokasi itu? 



Dimanakah pesawat tersebut perlu dibawa dan disembunyikan adalah bergantung kepada jumlah bahan api yang mencukupi.


Adakah disini lokasinya pesawat tersebut disembunyikan??


Tahukah anda dimana lokasi ini??

2000 km dari jarak Benua India
4500 km ke Tanah Arab
3500 km ke Benua Afrika
3500 km jarak ke Nusantara
5000 km jarak ke Benua Australia

Ingin tahu?? kita rahsia dulu..


Kenapa setelah negara-negara yang membantu dalam misi ini  beralih perhatian pada kawasan Indian Ocean dan seketika itu juga, pegawai dari US menyatakan menerima isyarat pesawat MH370 ini?


kenapa US tidak mengeluarkan arahan atau isyarat ketika pesawat itu hilang dari radar disekitar Laut China Selatan setelah hampir 3, 4 hari yang lalu?

Adakah ini dilakukan kerana tidak  mahu  misi bantuan dari negara-negara serantau yang mencari pesawat ini menuju kesini??


Renung punya renung, akhirnya saya  temui beberapa jawapan lagi berkaitan hal ini.

Masih ingatkah kita terhadap rundingan TPPA ??

TPPA ini dibuat dari tahun lepas..

Sebenarnya, rundingan TPPA ini adalah salah satu agenda Amerika dan pihak barat meluaskan kawasannya secara tak langsung dirantau Asia Pasific.

Tun Mahathir dapat menghidu gerak kerja mereka sebab itu ditentangnya habis-habisan..



Antara negara yang terlibat dalam perjanjian TPPA ini.

Amerika, Kanada, Mexico, Peru, Chile, Singapura, Vietnam, Jepun, Brunei, Malaysia, Australia & New Zealand.


Kerana telah  mendapat beberapa tentangan dari beberapa negara jadinya agenda ini tergendala buat sementara waktu.

Cuba lihat, kenapa China dan Rusia tidak terlibat dengan TPP ini? Adakah TPP ini hanya sebuah rundingan biasa atau ada sesuatu agenda?


Namun pada awal bulan Mac 2014, berlaku insiden kehilangan pesawat MAS MH370 di lokasi Laut China Selatan menuju lokasi Vietnam dimana lokasi ini diantara lokasi  TPPA yang direncanakan.


Namun kehilangan pesawat ini menimbulkan misteri seluruh dunia kerana radar tidak  dapat dikesan dan juga tiada sebarang komunikasi yang berhubung setelah lebih masuk 6 hari (setakat ditulis).

Bukankah Amerika mempunyai sistem komunikasi tercanggih dunia? menghilangkan pesawat dari radar dan menyekat sebarang komunikasi juga boleh dibuat dengan sistem perisikan..
Bukankah mereka juga mencipta beberapa pesawat tanpa juruterbang dan tak dikesan radar?




Kenapa dalam laporan Washington Times menekankan tentang perairan Laut China Selatan??



Zon lokasi Laut China Selatan menjadi perhatian pihak barat untuk menguasai seluruh rantau Asia Pasifik.

Mungkin jika pelan menguasai Asia Pasifik dengan TPP ini tidak berjalan, plan seterusnya perlu digunakan.
Apakah kehilangan misteri pesawat MH370 ini salah satu agenda tersusun rancangan dari kuasa besar negara itu?


Apakah benar serpihan serpihan yang dilihat ini adalah  serpihan dari pesawat yang dilaporkan hilang seperti yang dilaporkan media China atau hanya satu jalan untuk Amerika masuk ke perairan di negara itu?


Secara kebetulan pula, tragedi ini berlaku selepas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun dalam kes liwatnya pada 7 Mac, dan menjelang pagi 8 Mac pada jam 2.40 pagi, kehilangan pesawat ini terjadi.


Adakah ini secara kebetulan atau adanya suatu rancangan disebalik campur tangan kuasa-kuasa besar dunia?


Jadi, satu konspirasi dalam 2 keadaan yang berbeza adalah perancangan yang bukan sebarang percaturan biasa.


US mungkin berjaya tundukkan China dengan memegang rakyatnya di dalam pesawat terbabit dan dalam masa yang sama, US berjaya menundukkan Malaysia utk melepaskan Anwar Ibrahim sehingga PRU14 yang akan datang kerana Anwar Ibrahim satu-satunya pemimpin yang diperlukan untuk melakukan  'regim change' di negara ini.



Jika tiada apa-apa kepentingan bagi pihak Israel, kenapa mereka menyibuk sangat nak ambil tahu? 



Apakah misteri dan pengakhiran ini bakal berlaku dengan sebuah tragedi yang menyayat hati disebalik percaturan konspirasi dunia hari ini??

Al-kisah Ustaz Darul Manzil Mimpi Pesawat MH370

Mimpi Pesawat MH370


Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.
Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.
MH370-terhempas
Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……
Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.
Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..
Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.
Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.
Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.
“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”
Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.
Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.
Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.
Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.
Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin. – USTAZ DARUL MANZIL
Toyyib.. wallahu'alamissawab

Monday 24 March 2014

MUNGKIN HERO SEBENAR #MH370

MH370: KAPTEN ZAHARIE MUNGKIN ADALAH HERO SEBENAR


#MH370: JURUTERBANG PESAWAT MUNGKIN ADALAH HERO SEBENAR
Terlalu banyak spekulasi mengenai MH370. Keganasan, rampasan , dan meteor. Saya tidak boleh mempercayai analisis daripada CNN. Saya cenderung untuk mencari penjelasan yang lebih mudah mengenai insiden ini.

Pesawat 777 yang dipenuhi penumpang berlepas pada tengah malam dari Kuala Lumpur ke Beijing. Malam yang hangat… Pesawat yang berat... 

Kira-kira sejam meluncur ke arah Vietnam, pesawat tidak dapat dikesan bermakna transponder dan secondary radar terpadam.

Dua hari kemudian kita mendengar laporan bahawa radar tentera Malaysia (merupakan primary radar) telah mengesan pesawat berubah arah penerbangan di sepanjang Semenanjung Tanah Melayu menuju Selat Melaka .

Apabila saya mendengar perkara itu, saya segera membuka perisian Google Earth dan saya mencari lapangan terbang berdekatan laluan pesawat itu yang menuju ke barat daya.

Pusingan kiri adalah kunci di sini. Kita bercakap mengenai seorang juruterbang senior yang berpengalaman lebih 18,000 jam jumlah penerbangan. Mungkin beberapa juruterbang muda yang ditemubual oleh CNN tidak mengendahkan pusingan kiri ini.

Kami juruterbang veteran dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika dalam sesuatu penerbangan sebagai langkah jika berlaku kecemasan.

Naluri saya apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, saya tahu juruterbang itu mahu menuju ke sebuah lapangan terbang.

Dia sebenarnya mengambil laluan terus ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat.

Lapangan Terbang Langkawi yang dikatakan Goodfellow

Sila lihat pada Google Earth tentang lapangan terbang ini. Juruterbang ini melakukan semua perkara yang betul. Dia berhadapan dengan suatu situasi sukar di dalam kapal yang membuatkan dia segera mengambil keputusan kembali ke lapangan terbang terdekat.

Bagi saya kehilangan transponder dan komunikasi suatu yang masuk akal jika berlaku kebakaran. Dalam kes kebakaran tindak balas pertama ialah menarik semua busses utama dan memulihkan litar satu demi satu sehingga anda mengasingkan yang rosak.

Jika mereka menarik busses itu, pesawat akan menjadi senyap(tiada perhubungan). Ia mungkin satu keadaan yang serius dimana mereka perlu mengawal pesawat dan cuba memadam api. Aviate, Navigate dan akhir sekali berkomunikasi. 

Melihat kepada masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.

Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang.

Terdapat satu insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 dimana tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.

Benar, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan ketika kebakaran. Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit.

Illustrasi pandangan Chris Goodfellow


Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit dan seterusnya terhempas. Saya sudah katakan empat hari lalu anda akan menemuinya sepanjang laluan itu - mencari di kawasan lain hanya sia-sia.

Juruterbang ini, seperti yang saya katakan adalah seorang hero yang bergelut dengan satu situasi yang mustahil dimana dia cuba mendaratkan pesawat itu ke Langkawi.

Tidak ada keraguan dalam fikiran saya. Itulah punca mengapa pesawat itu melakukan pusingan dan terus meluncur ke laluan lurus. 

Rampasan tidak akan membuatkan pesawat itu beralih arah secara sengaja dan menuju ke Langkawi. Pesawat pasti terbang lebih lama sehingga perampas mengambil keputusan membawa pesawat itu ke sesuatu lokasi.

Apa yang menghairankan tiada seorang pun daripada pemberita, pegawai-pegawai, dan juruterbang lain yang ditemuramah melihat perkara ini dari sudut pandangan juruterbang. 

Jika sesuatu yang buruk berlaku kemana dia akan pergi?...

Melalui Google Earth yang hanya mengambil 30 saat saja, saya langsung ternampak Langkawi. Membesarkan peta, dan ternampak landasan.... Naluri saya tahu juruterbang ini mengetahui lokasi lapangan terbang itu.

Dia mungkin telah banyak kali melakukan penerbangan di situ.

Kebakaran dalam pesawat hanya menuntut satu perkara - anda perlu menurunkan pesawat itu ke atas landasan secepat mungkin.

Terdapat dua pengalaman dalam ingatan saya. AirCanada DC9 pada tahun 80-an contohnya telah melintasi beberapa lapangan terbang kerana juruterbang tidak mengetahui landasan terdekat. Juruterbang itu berjaya mendaratkan pesawat namun 30 nyawa tidak dapat diselamatkan. 

Pada tahun 1998, kemalangan melibatkan Swissair DC-10 juga salah satu contoh menunjukkan juruterbang adalah hero sebenar. Mereka baru sahaja berlepas 15 minit menuju ke Halifax tetapi kebakaran menyebabkan pesawat itu terpaksa mendarat di lautan. Kejadian itu berlaku selepas sejam pesawat itu berlepas daripada Kennedy. Transponder dan alat komunikasi lain terpadam kerana mereka telah menarik busses di dalam pesawat itu.

Bagi saya itu adalah penjelasan yang mudah mengapa ia berpusing dan menuju ke arah itu.

Juruterbang seorang yang bijak, hanya tidak mempunyai masa.

Chris Goodfellow
-Bekas Juruterbang warga Canada
-Lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang Penerbangan