Powered By Blogger

Monday 9 September 2013

GST ... IDRIS JALA MAHU BUNUH NAJIB DAN BN SEBELUM PRU-14

GST ... IDRIS JALA MAHU BUNUH NAJIB DAN BN SEBELUM PRU-14

| Saturday, May 18, 2013
http://mediawangsamaju.blogspot.com/2013/05/gst-idris-jala-mahu-bunuh-najib-dan-bn.html


Malaysia mampu memperolehi pendapatan negara mencecah sehingga RM27 bilion, jika cadangan cukai barangan dan perkidmatan (GST) dilaksanakan pada kadar 7 peratus, seperti di negara jiran, Singapura.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, perlaksanaan kadar cukai baru tersebut mendorong kepada pertambahan pendapatan dari RM20 bilion kepada RM27 bilion, apabila mencapai tempoh matang.

"Tempoh matang itu adalah apabila rakyat Malaysia mula menyumbang kepada GST. Ia perlu dilaksanakan segera sebaik sahaja mereka bersedia menerima mekanisme tersebut," jelasnya.

Berucap di forum "PRU13 - Apa Maknanya kepada Perniagaan?" hari ini, Idris menerangkan maklumat tentang GST dan cara ia menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara supaya rakyat negara ini memahami dan menerima perlaksanaan cukai itu nanti.

GST itu katanya, akan menyediakan dana tambahan kepada kerajaan sebagai perbelanjaan kepada rakyat Malaysia, sepertimana mana yang dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional (BN), sebelum PRU13 lalu.

"Walaupun perlaksanaan cukai baharu diperkenalkan, namun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap komited dalam menurunkan cukai korporat dan cukai pendapatan peribadi.
"Cara ini menunjukkan kerajaan mahu keseimbangan dalam semua perkara yang dilakukan, sama ada dari segi ekonomi atau politik," demikian menurut Idris, yang juga mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU).

Dalam masa yang sama beliau turut menafikan janji-janji yang dibuat kerajaan semasa pilihan raya lepas akan meningkatkan hutang keluaran dalam negara kasar (GDP), dari kadar 53 peratus sekarang.

Katanya, kerajaan komited dalam mengekalkan hutang di bawah 55 peratus, berbanding siling GDP yang pernah ditetapkan sebelum ini.

"Semasa di Forum Ekonomi Dunia di Davos, apabila saya mencadangkan perlaksanaan Malaysia untuk tetapkan 55 peratus siling hutang GDP, ramai pakar ekonomi dan pemimpin mengatakan ia mustahil."

"Ia disebabkan negara Malaysia unik kerana masih mempunyai hutang di bawah 55 peratus," kata Jala dan menambah negara seperti Singapura (100 peratus hutang GDP), United Kingdom (80 peratus) dan Perancis (81 peratus).

Idris percaya matlamat negara berpendapatan tinggi boleh dicapai awal 2 tahun, berdasarkan usaha ekonomi kerajaan dan sektor swasta, dan menambah Malaysia di trek yang kukuh untuk mencapai lebihan belanjawan menjelang 2020.

Tambahnya, tempoh 4 tahun lepas dengan Najib sebagai Perdana Menteri, defisit belanjawan negara menurun tahun demi tahun, dan memberi jaminan pencapaian ini akan berterusan.

"Tahun lepas, ia sebanyak 4.5 peratus, dan tahun ini kita jangka akan menurun lagi kepada 4 peratus. Jika segala usaha dijalankan, saya percaya kita memperolehi lebihan belanjawan tersebut," terang beliau.

Peranan kerajaan dalam perniagaan, kata Idris, peningkatan perniagaan akan berlaku pada tahun ini.

Melalui Peranan Kerajaan dalam Perniagaan (GRIB), Jala berkata kerajaan telah kurangkan atau hentikan kepentingan dalam 13 syarikat, daripada 33 entiti yang dikenal pasti oleh PEMANDU. ANTARAPOS, 17 MEI 2013.

Sebelum kita MELOMPAT TAK TENTU HALA dengan lebih jauh, GWM paparkan dahuluSERANGAN PERTAMA Red Bean Army DAPigs melalui facebook dalam MENAKUT-NAKUTKAN rakyat mengenai Goods and Services Tax (GST) ini. 
-sambungan LINK CLICK HERE

No comments:

Post a Comment