Powered By Blogger

Monday 9 September 2013

PIMPINAN PAS MULA GILA KUASA?

http://semuthitam80.blogspot.com


DEMI JAWATAN, BANG MAT SANGGUP 'LANGGAR' NIK AZIZ!!!





SH malas nak komen banyak pasal Si Mat Syabun ni. Dia ni memang dah tak berapa betul kepala otaknya. Maklum la, otak dia letak kat lutut.

Tu pasal la dia boleh meroyan tak tentu arah. Tapi, disebabkan orang macam dia ni jenis manusia yang tak sedarkan diri, maka kena jugak la kita balun dia.

Dek kerana dia dah terlebih makan cili dan terasa pedas bila disindir tepat oleh Mursyidul Am PAS sendiri, maka Si Mat Syabun ni mula la menggelupor tak tentu arah.

Mula la dia meroyan. Hari tu dia kata dia belum pasti sama ada nak mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS atau pun tidak.

Tapi, sejak dia kena sindir dek Nik Aziz, maka terus dia buat ketetapan untuk mempertahankan jawatan tersebut dalam mukhtamar tahun ini.
Walaupun pucuk pimpinan inginkan jawatan Timbalan Presiden Pas diisi golongan ulama, Mohamad Sabu tetap memutuskan akan mempertahankan jawatannya itu pada muktamar tahunan parti kali ke-59 November depan.

“Selain daripada itu, saya tidak mahu memberi sebarang komen,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), hari ini.
Ada dua kesimpulan yang dapat kita buat. Pertama, Si Mat Syabun ni terasa pedih dan aib apabila kenyataan Nik Aziz tu mula mendapat respon.

Nak pulak dari kalangan ahli - ahli PAS yang sekarang ni dalam gerakan menyingkirkan golongan Sosialis dan Liberalis dari dalam parti mereka.

Perkara itu membuatkan Si Mat Syabun terasa diri dia tergugat. Sekiranya dia tak pertahankan jawatan dia, maka dia akan masuk dalam peti sejuk.

Kedua, Si Mat Syabun ni nak pertahankan jawatan tu bukan lah untuk dia dapat memperjuangkan Islam serta menjaga Kebajikan Rakyat. Itu yang pasti.

Dia hanya nak pertahankan jawatan tu supaya orang lain tak anggap dia sebagai bukan Ulama. Ingat! Nik Aziz kata, Timbalan Presiden PAS ni perlu dari kalangan Ulama.

Seandainya Si Mat Syabun ni kalah, maka memang sah la dia bukan seorang Ulama seperti mana yang dijelaskan oleh Nik Aziz sebelum ini.

Hakikatnya, perwakilan PAS sendiri sudah sedia maklum dan tahu bahawa Si Mat Syabun ni BUKAN Ulama. Dia bukannya ada ilmu pun dalam bab agama ni.

Apa yang dia ada hanya kebolehan untuk berpidato diatas pentas dan menarik orang ramai untuk mendengarnya. Itu sahaja kemampuan Si Mat Syabun ni.

Nak kata dia Ulama macam mana kalau dalam ucapan dia ketika berada diatas pentas semuanya penuh dengan maki hamun, caci cerca dan menabur fitnah terhadap orang lain?

Adakah itu sifat seorang Ulama? Adakah itu gambaran wajah seorang yang mempunyai ilmu dalam Islam? Nak petik ayat dalam Al - Qur'an pun dia tak mampu. Ulama apa kejadahnya?

Maka, adalah wajar bagi ahli PAS sedar akan hakikat ini. Jangan la diorang nak memalukan Islam dengan mengangkat pemimpin macam Mat Syabun ni untuk jadi pemimpin mereka. Buat malu je kat orang lain!!! Lagi pun dia bukan Ulama, tapi 'Ular Mak'!!!


source:

No comments:

Post a Comment