Powered By Blogger

Thursday 17 October 2013

GLC Ditindas? Atau Menindas?!

Ubahsuai Kantin RM1 Juta Undang Komen Negatif Pekerja Melayu Di MIMOS Bhd



Sudah ada gerakan berani oleh pekerja Melayu di MIMOS dengan apa yang menimpa seorang wanita pekerja disitu. Dalam artikel sebelum ini yang mana seorang wanita dikenakan tindakan oleh pihak MIMOS gara gara mengadu harga makanan yang mahal di kantin MIMOS.



Reaksi dari komen yang diterima membuka lebih banyak maklumat tentang keculasan yang berlaku didalam MIMOS. Rata rata komen yang diterima mengesahkan bahawa MIMOS waktu ini telah dikuasai golongan India yang begitu berpengaruh sehinggakan Adbul Wahab dilabelkan sebagai Boneka kepada India dalam MIMOS.


Salah satu komen yang menarik perhatian saya adalah berkaitan Kantin yang diubah suai sebanyak RM1Juta. RM1Juta kos pengubahsuaian kantin MIMOS yang pada saya merupakan satu kos yang AMAT BESAR melibatkan sebuah kantin.


Siapa kontraktor yang perolehi projek ubah suai Kantin MIMOS? Adakah projek tersebut diberi terus kepada syarikat yang dilantik? Adakah terlibat dengan RASUAH atau KRONISME?
Jika diberi terus adalah wajar untuk menjelaskan mengapa sehingga RM1Juta kos pengubahsuaiannya walhal Kantin di MIMOS masih berkeadaan baik dan serba lengkap. Adakah amalan Kronisme dan salahguna KUASA berlaku dalam isu ubahsuai kantin bernilai 1Juta Ringgit ini?



Ada satu komen yang menarik perhatian saya:


Sebagai bekas pekerja bertaraf eksekutif di MIMOS aku nak share info dengan para pembaca kenapa MIMOS nowadays sudah menjadi lebih jahanam sejak orang paling penting di MIMOS suatu masa dahulu, Prof Dr Mohamed Ridza Wahiddi meninggalkan GLC ini. 

Ini semua gara2 Abdul Wahab Abdullah dengan kroni-kroni Motorola yang telah menguasai MIMOS. Aku resign dari MIMOS pun disebabkan Wahab Botak ni. 

Prof Mohamed Ridza Wahiddi inilah think-tank, genius dan permata Melayu yang hilang dari dunia korporat, Kenapa aku kata Prof Ridza Melayu Genius ???

- Dari tahun 2005 - 2011, beliau telah dipinjamkan dari UIA untuk MIMOS untuk mengetuai Cyber Security R&D for National Security (Keselamatan Negara) terutamanya Quantum Cryptography. 
- Prof Ridza jugalah yang membawa Dasar Keselamatan Siber Negara Lima Teras: ‘R&D for Self-Reliance’, National Cyber Security R&D Roadmap for Self-Reliance dan juga beliau yang bertanggungjawab dengan penubuhan state-of-the art makmal kuantum kriptografi (quantum cryptography) di MIMOS dan UIA.
- Ahli MIMOS Senior Leadership Team bagi tempoh Januari 2007 - Jun 2011.
- Memainkan peranan penting meletakkan MIMOS pada kedudukan ahli yang pertama di Asia dan paling aktif dalam World’s first Quantum Cryptography Standards yang ditubuhkan oleh European Telecommunications Standards Institute.
- Beliau anak Melayu pertama berjaya menunjukkan Bukti pertama konsep: Five Node Quantum Cryptography Network di Asia Tenggara. Jepun pun hanya berjaya menunjukkan rangkaian mereka pada bulan Oktober 2010.
- Anak Melayu pertama dijemput dan memberikan ucaptama di Persidangan Antarabangsa mengenai Kuantum Optik dan Pengkomputeran Kuantum di Noida, India, 24-26 Mac 2011.
- Melayu Genius yang berjaya membolehkan MIMOS disahkan (certified) oleh Software Engineering Institute, Carnegie Mellon.
- Pemenang Anugerah MIMOS Best Innovator 2007.
- Pemenang Anugerah MIMOS Innovator Award 2011.
- Penerima Kehormat 2009 Asia Pacific Information Security Leadership Achievement oleh Software Engineering Institute, Carnegie Mellon.
- Pemenang Anugerah most outstanding ASEAN Chief Security Officers (CSO) tahun 2011.

Setelah beliau keluar dari MIMOS disebabkan Abdul Wahab Botak dan geng-geng Motorola, makmal kuantum kriptografi yang mempunyai jumlah aset bernilai RM21.5 juta telah ditutup. Ini telah merugikan MIMOS dan juga negara. Look at what happen today at MIMOS ???

Prof Ridza, we truly missed your leadership. MIMOS sekarang dah jadi harta mak bapak Abdul Wahab Botak dan geng-geng Motorola. 
16 October 2013 15:14

Thursday 3 October 2013

Menteri Amaran, Apa Yg Amarannya Tu?

SIAPAKAH AGAKNYA PEMUDA UMNO YANG SEBERANI HH MENGHUNUS KERIS DALAM PEMILIHAN 2013

SAYA terkejut melihat jumlah pembaca dalam artikel sebelum ini iaitu http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/09/keturunan-ds-hishammuddin-yang-perlu.html, rupa-rupanya ramai yang berminat membacanya.

Kali ini saya mahu menulis cara biasa, supaya kiasan-kiasan yang sering saya gunakan tidak lagi membuatkan pembaca saya keliru.

Sinotre Menteri Amaran diberi gelar kepada DS Hishammuddin Tun Hussien kerana style beliau yang kerap bertolak-ansur, berhati-hati dan cool. Mereka yang fanatik mahu style itu diubah kepada cara DS Zahid Hamidi yang kelihatannya lebih nampak garang. Adakah garang itu akan memberi keuntungan kepada politiknya dan negara kita? 
ADAKAH KEGARANGANNYA PENYEBAB KEJATUHANNYA
Kegarangan DS Anwar Ibrahim (1997) telah membunuh masa depannya di dalam UMNO. Kegarangan Tun Musa Hitam (1985) mengurus insiden Memali turut membunuh politiknya di dalam UMNO. Di Singapura, kegarangan Syed Jaafar Albar (1950)  terus membunuh masa depan UMNO di Singapura. Kegarangan Tengku Razaliegh Hamzah (1987)turut membunuh cita-citanya menjadi Perdana Menteri Malaysia, malah UMNO turut diharamkan (1988). Inilah akibat jika 'garang' di dalam UMNO!.
Wajah ' look Garang'  Ketika Muda-Muda Dahulu
Sebaliknya "kesederhanaan" allahyarham Tun Ghafar Baba membawanya ke puncak walaupun ada orang tidak memandangnya. Sebelumnya, Kesederhanaan Pak Lah membawanya ke puncak kuasa. Kesederhanaan Dato' Razali Ibrahim (Naib Ketua Pemuda UMNO) turut membawanya ke puncak lebih halus berbanding KJ. Begitu juga DS Najib, kesederhanaannya memberikan kekuatan kepadanya untuk terus berada di puncak.
Look "Garang Dalam Diam"
Sebenarnya, DS Hishammuddin telah banyak menyelamatkan UMNO, BN dan negara kita daripada ditimpa malapetaka yang teruk. Dek kerana kesederhanaannya.

Satu perkara yang kita kena sedar, bahawa tidak semua perkara yang berlaku perlu didedahkan kepada khalayak umum. Tidak semua tindakan boleh dilaksanakan dalam keadaan kerajaan UMNO/BN mengalami kemerosotan majoriti di dalam Dewan Rakyat.
Teka : Tegas atau Garang?
Kita ambil satu contoh yang amat dijengkeli oleh sebahagian ahli-ahli UMNO iaitu dalam kes demo haram BERSIH, Hindraf dan sebagainya. Emosi amarah orang Melayu dan UMNO kepada pelampau-pelampau BERSIH ialah mereka mahu DS Hishammuddin ketika itu mengambil tindakan lebih keras seperti menangkap dan menyumbat semua pendokong-pendokong Demo haram di dalam penjara. Malangnya, DS Hishamuddin tidak begitu.


Anda lihat ketika itu Ketua Pemuda UMNO sendiri hanya mampu mengumpul kira-kira 300 "patriot" berbanding ribuan peserta demo. Sebabnya mudah, Ketua Pemuda UMNO cuba melawan arus dan ianya satu tindakan berani yang tidak cantik hasilnya. Kita tentu agak malu melihat jumlah yang sangat sedikit itu. Saya fikir jika diberikan kepada Datuk Ibrahim Ali, dia boleh mengumpul 70,000 orang dalam masa 3 hari sahaja! Dia pernah melakukannya semasa dia masih muda.

Dalam hal Serangan Sulu di Lahad Datu, keinginan sebahagian ahli-ahli UMNO ialah mahu supaya DS Hishammuddin menghapuskan serta merta para penceroboh tersebut. Sebahagian rakyat dan ahli-ahli UMNO tidak mengetahui dengan detail apakah agenda besar di sebalik serangan orang Sulu di Lahad Datu tempoh hari. 


Jika tempoh hari kerajaan kita membuat Keputusan dan Tindakan terburu-buru, percayalah bukan sahaja DS Hishammuddin, DS Zahid, Panglima Angkatan Tentera atau Perdana Menteri kita akan menerima kesan yang amat-amat terburuk kepada negara kita, malah rakyat kita di Sabah paling besar menerima kesan buruknya.

Apakah kamu mengetahui "Muncung-Muncung Torpedo" sudah menghala ke Bumi Malaysia sekiranya kita membuat keputusan dan tindakan yang silap?

Namun di atas kesabaran, ketenangan, kebijakan, tidak emosi, tidak terburu-burulah maka negara kita selamat. Rakyat kita selamat. Saya tidak perlu menghuraikan kesemuanya di sini, kerana mahkamah sedang bersidang.
Ketenangannya Membawa Ke Puncak
Sesungguhnya, musuh-musuh di dalam dan di luar negara sangat-sangat "kecewa" kerana kerajaan kita dapat mengatasi kemelut Lahad Datu dengan tenang. Target mereka tersasar, mereka ingat Malaysia dipimpin oleh orang-orang seperti Marcos, Nurmisuari, AlGore, Netanyahu atau George Bush Senior. 


Daripada cerita saya ini, sebenarnya saya melihat di depan mata saya, DS Hishammuddin telah mengorbankan masa depannya, mengorbankan ketegasannya, mengorbankan kemandiriannya...demi "menjaga parti UMNO, menjaga negara kita, menjaga rakyat Malaysia" supaya selamat.


Syed Hussien Alatas meramal bermacam-macam ramalan kononnya Ustaz Ashaari Arqam akan jadi Perdana Menteri, YB Khairy akan jadi Perdana Menteri sebelum 40 tahun, juga meramal DS Anwar Ibrahim, namun semua ramalan itu tersasar.
Kesederhanaan, Toleran & Cool Menyatukan Ummah
Kerana mereka semua terlebih "garam". Saya mengajak para perwakilan di seluruh negara, supaya memberi peluang kepada DS Hishammuddin atas faktor-faktor yang telah saya dedahkan buat kali kedua ini. Saya tiada kepentingan dalam hal ini,kepentingan saya ialah saya mahu melihat UMNO terus ke hadapan mendepani survival.

sumber:

Tuesday 1 October 2013

Konspirasi DAP Rasis - Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC)

Wakil Melayu

atau

Wakil Bukan Melayu

yang hanya Mewakili orang Melayu?


Zairil_Khir_Johari-FZ
Zairil anak angkat Tan Sri Khir Johari

Maka berakhirlah sudah episod pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP semalam dengan menyaksikan Zairil Khir Johari kali ini terpilih sebagai pemenang di dalam pemilihan tersebut setelah hebat dipertikai sebelum ini.

Pada pemilihan yang lalu, Zairil terpilih ke dalam jawatankuasa CEC setelah Guan Eng mengaku “tersilap kira”. Dan kali ini, mungkin kemenangan “anak” Tan Sri Khir Johari itu tidak lagi disalah kira…

Zairil muncul sebagai satu-satunya wakil “bangsa Melayu” di dalam CEC tersebut. Begitulah yang didakwa ramai pihak, termasuk kepimpinan DAP yang baru.


Sebelum ini, DAP dipandang serong oleh ramai pihak yang menganggap parti itu merupakan sebuah parti rasis yang sangat condong pada kepentingan kaum Cina di negara kita. Mereka dikritik hebat atas beberapa tindakan yang jelas membuktikan sikap “berat sebelah”…

Persoalannya, bolehkah kita bangsa Melayu mengiktiraf Zairil sebagai “wakil bangsa Melayu” di dalam kepimpinan tertinggi DAP? Layakkah dia mewakili Melayu di dalam DAP?

Sejak aktif bersama DAP dan dilantik sebagai pegawai paling kanan untuk “Khalifah” Lim Guan Eng, nama Zairil agak hangat diperbualkan. Maklumlah. Dia merupakan “anak” kepada bekas Menteri BN, Allahyarham Tan Sri Khir Johari.

Malangnya, nama Zairil hanya hangat apabila statusnya yang dikatakan berbangsa “Melayu” mencetus spekulasi dari ramai pihak. Misalnya, desas-desus mengatakan bahawa Zairil sebenarnya bukanlah berbangsa Melayu. Benarkah dakwaan itu?

Khabarnya, Zairil merupakan seorang anak yang lahir ketika ibunya masih lagi belum bergelar isteri kepada Allahyarham Khir Johari. Maksudnya, desas-desus itu mengatakan bahawa dia adalah hasil perkahwinan pertama ibunya yan berbangsa Cina dengan seorang lelaki Cina. Benarkah?

Jika benar dakwaan tersebut, bolehkah Zairil dikategorikan sebagai “bangsa Melayu”?

Pada saya, jika benar dakwaan itu maka Zairil bukan berdarah Melayu dan tidak layak untuk diiktiraf sebangsa dengan saya. Meskipun dia dipelihara dan membesar sebagai Melayu, dia tetap bukan Melayu.

Saya faham, mungkin di dalam kad pengenalan Zairil tertera menunjukkan dia berbangsa Melayu ekoran ibunya berkahwin dengan Allahyarham Khir Johari. Pun begitu, apakah darah yang mengalir di dalam tubuhnya itu adalah darah Tan Sri Khir Johari?

Justeru itu, tidak hairanlah jika “anak” Khir Johari itu bermati-matian berjuang bersama DAP. Otaknya “liberal” dan dapat menerima ideologi serta pendekatan parti itu yang jelas bersikap “chauvinis ultra kiasu”.

Malah parti itu sering mempertikai kepentingan bangsa Melayu dan hak keistimewaan yang diberikan kepada Islam. Bagaimana seorang Muslim yang kononnya berbangsa Melayu sanggup menyokong sebuah parti yang anti-Islam dan anti-Melayu?

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz yang cukup berpengalaman di dalam DAP sendiri menegaskan agenda parti itu yang “memerangi” Islam dan Melayu. Zairil baru setahun jagung di dalam DAP, patutnya dia boleh rujuk terlebih dahulu pada Tunku Aziz sebelum menyertai DAP, bukan?

Nampaknya “anak” Khir Johari itu sudah semakin hanyut dari semangat Melayu Muslim. Biarlah. Sebagai menghormati haknya untuk memilih parti dan mendokong amalan demokrasi di Malaysia, biarlah Zairil bersama DAP.

Cuma, jangan marahlah jika ramai di kalangan bangsa Melayu Muslim di Malaysia ini menganggap dia sebagai pengkhianat agama, bangsa dan Tanah Melayu. Itu pandangan dan “personal impression” kami terhadap Zairil. Harap dia tidak berkecil hati…

Apapun, sebagai “wakil tunggal” yang kononnya bagi “bangsa Melayu” di dalam DAP, saya nak sangat tengok apa yang Zairil boleh sumbangkan pada bangsa Melayu melalui jawatan CEC yang dimenanginya itu. Apa agaknya agenda Zairil untuk bangsa Melayu nanti?

Sumber: Mykmu.net