Powered By Blogger

Thursday 3 October 2013

Menteri Amaran, Apa Yg Amarannya Tu?

SIAPAKAH AGAKNYA PEMUDA UMNO YANG SEBERANI HH MENGHUNUS KERIS DALAM PEMILIHAN 2013

SAYA terkejut melihat jumlah pembaca dalam artikel sebelum ini iaitu http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/09/keturunan-ds-hishammuddin-yang-perlu.html, rupa-rupanya ramai yang berminat membacanya.

Kali ini saya mahu menulis cara biasa, supaya kiasan-kiasan yang sering saya gunakan tidak lagi membuatkan pembaca saya keliru.

Sinotre Menteri Amaran diberi gelar kepada DS Hishammuddin Tun Hussien kerana style beliau yang kerap bertolak-ansur, berhati-hati dan cool. Mereka yang fanatik mahu style itu diubah kepada cara DS Zahid Hamidi yang kelihatannya lebih nampak garang. Adakah garang itu akan memberi keuntungan kepada politiknya dan negara kita? 
ADAKAH KEGARANGANNYA PENYEBAB KEJATUHANNYA
Kegarangan DS Anwar Ibrahim (1997) telah membunuh masa depannya di dalam UMNO. Kegarangan Tun Musa Hitam (1985) mengurus insiden Memali turut membunuh politiknya di dalam UMNO. Di Singapura, kegarangan Syed Jaafar Albar (1950)  terus membunuh masa depan UMNO di Singapura. Kegarangan Tengku Razaliegh Hamzah (1987)turut membunuh cita-citanya menjadi Perdana Menteri Malaysia, malah UMNO turut diharamkan (1988). Inilah akibat jika 'garang' di dalam UMNO!.
Wajah ' look Garang'  Ketika Muda-Muda Dahulu
Sebaliknya "kesederhanaan" allahyarham Tun Ghafar Baba membawanya ke puncak walaupun ada orang tidak memandangnya. Sebelumnya, Kesederhanaan Pak Lah membawanya ke puncak kuasa. Kesederhanaan Dato' Razali Ibrahim (Naib Ketua Pemuda UMNO) turut membawanya ke puncak lebih halus berbanding KJ. Begitu juga DS Najib, kesederhanaannya memberikan kekuatan kepadanya untuk terus berada di puncak.
Look "Garang Dalam Diam"
Sebenarnya, DS Hishammuddin telah banyak menyelamatkan UMNO, BN dan negara kita daripada ditimpa malapetaka yang teruk. Dek kerana kesederhanaannya.

Satu perkara yang kita kena sedar, bahawa tidak semua perkara yang berlaku perlu didedahkan kepada khalayak umum. Tidak semua tindakan boleh dilaksanakan dalam keadaan kerajaan UMNO/BN mengalami kemerosotan majoriti di dalam Dewan Rakyat.
Teka : Tegas atau Garang?
Kita ambil satu contoh yang amat dijengkeli oleh sebahagian ahli-ahli UMNO iaitu dalam kes demo haram BERSIH, Hindraf dan sebagainya. Emosi amarah orang Melayu dan UMNO kepada pelampau-pelampau BERSIH ialah mereka mahu DS Hishammuddin ketika itu mengambil tindakan lebih keras seperti menangkap dan menyumbat semua pendokong-pendokong Demo haram di dalam penjara. Malangnya, DS Hishamuddin tidak begitu.


Anda lihat ketika itu Ketua Pemuda UMNO sendiri hanya mampu mengumpul kira-kira 300 "patriot" berbanding ribuan peserta demo. Sebabnya mudah, Ketua Pemuda UMNO cuba melawan arus dan ianya satu tindakan berani yang tidak cantik hasilnya. Kita tentu agak malu melihat jumlah yang sangat sedikit itu. Saya fikir jika diberikan kepada Datuk Ibrahim Ali, dia boleh mengumpul 70,000 orang dalam masa 3 hari sahaja! Dia pernah melakukannya semasa dia masih muda.

Dalam hal Serangan Sulu di Lahad Datu, keinginan sebahagian ahli-ahli UMNO ialah mahu supaya DS Hishammuddin menghapuskan serta merta para penceroboh tersebut. Sebahagian rakyat dan ahli-ahli UMNO tidak mengetahui dengan detail apakah agenda besar di sebalik serangan orang Sulu di Lahad Datu tempoh hari. 


Jika tempoh hari kerajaan kita membuat Keputusan dan Tindakan terburu-buru, percayalah bukan sahaja DS Hishammuddin, DS Zahid, Panglima Angkatan Tentera atau Perdana Menteri kita akan menerima kesan yang amat-amat terburuk kepada negara kita, malah rakyat kita di Sabah paling besar menerima kesan buruknya.

Apakah kamu mengetahui "Muncung-Muncung Torpedo" sudah menghala ke Bumi Malaysia sekiranya kita membuat keputusan dan tindakan yang silap?

Namun di atas kesabaran, ketenangan, kebijakan, tidak emosi, tidak terburu-burulah maka negara kita selamat. Rakyat kita selamat. Saya tidak perlu menghuraikan kesemuanya di sini, kerana mahkamah sedang bersidang.
Ketenangannya Membawa Ke Puncak
Sesungguhnya, musuh-musuh di dalam dan di luar negara sangat-sangat "kecewa" kerana kerajaan kita dapat mengatasi kemelut Lahad Datu dengan tenang. Target mereka tersasar, mereka ingat Malaysia dipimpin oleh orang-orang seperti Marcos, Nurmisuari, AlGore, Netanyahu atau George Bush Senior. 


Daripada cerita saya ini, sebenarnya saya melihat di depan mata saya, DS Hishammuddin telah mengorbankan masa depannya, mengorbankan ketegasannya, mengorbankan kemandiriannya...demi "menjaga parti UMNO, menjaga negara kita, menjaga rakyat Malaysia" supaya selamat.


Syed Hussien Alatas meramal bermacam-macam ramalan kononnya Ustaz Ashaari Arqam akan jadi Perdana Menteri, YB Khairy akan jadi Perdana Menteri sebelum 40 tahun, juga meramal DS Anwar Ibrahim, namun semua ramalan itu tersasar.
Kesederhanaan, Toleran & Cool Menyatukan Ummah
Kerana mereka semua terlebih "garam". Saya mengajak para perwakilan di seluruh negara, supaya memberi peluang kepada DS Hishammuddin atas faktor-faktor yang telah saya dedahkan buat kali kedua ini. Saya tiada kepentingan dalam hal ini,kepentingan saya ialah saya mahu melihat UMNO terus ke hadapan mendepani survival.

sumber:

No comments:

Post a Comment